PENGENALAN SYARIKAT
Safiq Electric Service adalah sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki oleh En Safiq bin Mahmod yang bernaung di bawah Sasacool Life Enterprise yang beroperasi sejak 2019. Sejarah penubuhan syarikat ini adalah bermula daripada rumah seterusnya bertapak di kedai yang pertama iaitu di Jalan Jenang, Batu Pahat. Namun atas permintaan servis yang tinggi membuka peluang Safiq Electric Service untuk berpindah ke sebuah kedai yang lebih selesa untuk semua pekerja iaitu di No 9, Jalan Tukas 1, Taman Soga, 83000, Batu Pahat, Johor.
Syarikat ini mempunyai visi untuk menjadi Safiq Electric Service menjadi syarikat yang menawarkan perkhidmatan elektrik dan penghawa dingin no 1 pilihan warga Batu Pahat dan sekeliling dengan memberikan perkhidmatan servis terbaik kepada pelanggan. Syarikat ini juga terus berhasrat untuk memberikan peluang dan pengalaman sebanyak mungkin untuk anak-anak muda yang memerlukan pekerjaan.
Pada permulaan perniagaan, Safiq Electric Service menawarkan pelbagai servis seperti renovasi, autogate, penghawa dingin, CCTV dan lain-lain. Namun demi mementingkan kualiti kerja dan servis kami kepada pelanggan, Safiq Electric Service mengambil keputusan untuk memfokuskan kepada servis-servis berasaskan elektrikal dan juga pengahawa dingin.